Mengikut Al Hafiz Ibnu Hajar, solat secara berjemaah itu memperoleh 25 darjat. Beliau mengaitkan darjat ini dengan perbuatan dan pergerakkan makmum tersebut. Antaranya ialah:
- Jawab azan
- Datang awal ke masjid atau madrasah
- Berjalan kaki ke masjid
- Membaca doa setelah masuk ke dalam masjid
- Bertahmid & bertasbih
- Tunggu solat
- Malaikat beristighfar kepada makmum tersebut
- Malaikat menjadi saksi
- Jawab iqamah
- Selamat daripada syaitan
- Menunggu takbir imam
- Sempat bertakbir dengan imam
- Betulkan saf dan rapat-rapatkan saf
- Menjawab kata-kata imam semasa iqtidal
- Selamat daripada lupa
- Khusyu' dan selamat daripada melara
- Tertib solat mengikut imam
- Dikelilingi oleh malaikat
- Makmum boleh membetulkan tajwid & harakah melalui bacaan imam
- Menzahirkan syiar islam
- Merejam syaitan dengan berhimpunnya ahli jemaah
- Selamat daripada sifat munafiq dan buruk sangka
- Menjawab salam selepas imam
- Bertemu jemaah kerana islam, dapat berdoa dan berzikir dan memperoleh keberkatan
- Terbentuknya kasih sayang antara jiran tetangga
- & 27. Mengatakan Amin bersama amin para malaikat.