BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 12, 2010

SOLAT BERJEMAAH 25 @ 27 DARJAT?

Mengikut Al Hafiz Ibnu Hajar, solat secara berjemaah itu memperoleh 25 darjat. Beliau mengaitkan darjat ini dengan perbuatan dan pergerakkan makmum tersebut. Antaranya ialah:

  1. Jawab azan
  2. Datang awal ke masjid atau madrasah
  3. Berjalan kaki ke masjid
  4. Membaca doa setelah masuk ke dalam masjid
  5. Bertahmid & bertasbih
  6. Tunggu solat
  7. Malaikat beristighfar kepada makmum tersebut
  8. Malaikat menjadi saksi
  9. Jawab iqamah
  10. Selamat daripada syaitan
  11. Menunggu takbir imam
  12. Sempat bertakbir dengan imam
  13. Betulkan saf dan rapat-rapatkan saf
  14. Menjawab kata-kata imam semasa iqtidal
  15. Selamat daripada lupa
  16. Khusyu' dan selamat daripada melara
  17. Tertib solat mengikut imam
  18. Dikelilingi oleh malaikat
  19. Makmum boleh membetulkan tajwid & harakah melalui bacaan imam
  20. Menzahirkan syiar islam
  21. Merejam syaitan dengan berhimpunnya ahli jemaah
  22. Selamat daripada sifat munafiq dan buruk sangka
  23. Menjawab salam selepas imam
  24. Bertemu jemaah kerana islam, dapat berdoa dan berzikir dan memperoleh keberkatan
  25. Terbentuknya kasih sayang antara jiran tetangga
  26. & 27. Mengatakan Amin bersama amin para malaikat.