BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 12, 2010

Kecemerlangan Milik Siapa?

Pada 11 Mac 2010, keputusan peperiksaan SPM telah diumumkan. Saya berharap sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Dengan program-program yang dijalankan seperti Wa-JUYA dan SYAMI/G diharapkan semua pelajar tidak akan gagal dalam matapelajaran Matematik Tambahan. Namun, ia tidak kesampaian kerana hanya 80.8% sahaja yang lulus. Ini membuatkan saya terfikir kenapakah ini terjadi. Setelah dianalisis terdapat 2 situasi berbeza.

Situasi 1:
Seramai 18orang murid telah gagal setelah mengikuti program yang dinyatakan tadi.Dengan kata lain mendapat gred G. Pencapaian terakhir pelajar berkenaan, peperiksaan percubaan SPM ialah gred G.

Situasi 2: 
2 orang pelajar yang sememangnya mendapat mendapat gred G dalam peperiksaan percubaan SPM. Namun kedua-duanya memperoleh C+ untuk mata pelajaran Matematik Tambahan. Mereka berdua juga telah mengikuti program yang dinyatakan di atas tadi. Proses pembelajaran ini diadakan di surau selepas solat isyak selama 1jam 30 minit, 2 malam dalam seminggu. Sedangkan dalam situasi 1, pelajar didedahkan dengan program berkenaan selama 200minit seminggu di dalam kelas.

Kesimpulan.
Dalam situasi 2, pelajar berkenaan benar-benar inginkan kecemerlangan. Mereka telah menanamkan azam untuk mendapat gred C dan ke atas. Ini berbeza dengan pelajar di situasi 1. Mereka tidak peduli dengan pencapaian mereka, sebalikknya lebih suka berada dalam zon selesa, "biarlah gred apa pun yang akan aku dapat", kata mereka. Sebagai mentor aku merasakan perlu diadakan suatu program yang lebih efisen. Aku namakannya Program 4 + 1 (4 waktu mengajar dan 1 waktu latihan). Mudah-mudahan 2010 akan tercipta sejarah dalam bidang ini.

0 comments: